Sinopsis OISCA
OISCA-Majilis Amanah Rakyat (MARA) kerjasama telah dimulakan selepas Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Presiden pengasas OISCA International, Dr Yonosuke Nakano dan kakitangan kanan MARA pada tahun 1967 dengan objektif untuk meningkatkan keupayaan teknikal belia Malaysia .
Graduan MARA Institut Vokasional yang ingin mendapatkan kemahiran teknikal lagi di Jepun dikehendaki untuk menjalani pengajaran Jepun di OISCA-MARA Pusat Bahasa di MJII Beranang. Selepas menamatkan kelas Jepun, pelatih yang terpilih akan dihantar ke Jepun untuk menjalani latihan teknikal sebenar dan didedahkan kepada etika dan budaya kerja Jepun. Sebelum latihan sebenar, pelatih dikehendaki menjalani tiga bulan pengajaran intensif Jepun dan belajar budaya Jepun di OISCA College di Hamamatsu, Shizuoka, Jepun. Sejak permulaan program ini, kira-kira 1000 pelatih Malaysia pergi ke Jepun untuk menjalani latihan industri.
The OISCA Antarabangsa Malaysia Bab (OIMC) bertanggungjawab dalam menyelaras dengan OISCA Jepun dan MARA dari segi hal-hal pentadbiran dan susulan alumni selepas kembali ke Malaysia dari Jepun. OIMC menyediakan perkhidmatan perundingan direka untuk Alumni OISCA-MARA latihan industri, usahawan muda dan perniagaan kecil yang mencari untuk bersaing peralihan perniagaan terkini. Dengan kerjasama yang berjaya alumni bekerja sendiri atau pakar / pensyarah, OIMC juga menganjurkan seminar keusahawanan dan bengkel.
MJII menawarkan sebanyak lima (5) program pengajian untuk diikuti oleh para pelajar. Kesemua program-program ini telah mendapat pengiktirafan oleh Penilaian Perakuan Akreditasi (MQA).
Tempoh pengajian : 3 tahun (6 semester)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Robotik & Automasi) MQA/FA 1062
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Data Transmission & Network) MQA/FA 1059
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Embedded System) MQA/FA 1061
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik) MQA/FA 1060
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Measurement & Control) MQA/FA 1063
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sinopsis Robotik & Automasi
Objektif program ini adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kebolhena dalam bidang automasi terutama yang melibatkan sistem robotik.
Pelajar akan dapat mempelajari teknik merekabentuk menguji dan menyelia rekabentuk sistem robotik, sistem hidraulik & pneumatik dalam industri pembuatan.
Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:
i. Robotics
ii. Industrial Automation
iii. Pneumatic and Hydraulics
iv. Computer Integrated Manufacturing
Sinopsis Data Transmision & Network
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (TRANSMISI DATA DAN RANGKAIAN)
- Program
ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dalam merekabentuk,
menguji dan menyelia peralatan pembuatan elektronik, litar bersepadu, pemprosesan mikro dan juga pemindahan data melalui komunikasi tanpa wayar.
- Bidang kejuruteraan ini mempunyai prospek yang baik dalam bidang komputer, teknologi maklumat, sistem komunikasi dan sebagainya.
- Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:
- RF and Microwave
- Mobile Communications
- Communication Networks
- Data transmission and Network Protocols
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (SISTEM TERBENAM)
- Program
ini bertujuan untuk memberi penekanan dan penumpuan terhadap
pembangunan aplikasi dan penyelenggaraan alatan yang berasaskan system
terbenam (embedded system).
- Sistem terbenam (embedded system) memainkan peranan yang penting dalam industri microcontroller dan smart devices yang digunakan secara meluas di dalam bidang telekomunikasi, perubatan, automotif, plant control dan consumer electronics.
- Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:
- Real time operating system
- Wireless Embedded Devices
- Object oriented Programming
- Embedded System Communication
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
(MIKROELEKTRONIK)
- Program
ini adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan pengecilan
komponen elektronik. Ia menumpukan kepada rekabentuk, pengujian litar
mikro atau litar bersepadu (IC). IC digunakan dengan meluas di dalam
komputer, peralatan telekomunikasi, produk audio-video dan produk
elektronik lain.
- Program
ini menyediakan permintaan yang tinggi terhadap pereka litar dan ruang
yang diperlukan di dalam bidang nanoteknologi dan bidang yang berkaitan
dengan pembuatan dan pemasangan komponen elektronik, jualan, rekabentuk,
pembangunan produk, pengujian dan perkhidmatan.
- Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:
- IC Layout Techniques
- IC Fabrication Process
- IC Assembly and Packaging Process
- IC Measurement and Failure Analysis
Sinopsis Measurement & Control
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN KAWALAN)
- Program
ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dalam pelbagai proses
industri dan sistem pengukuran termasuk pengesan danactuator yang banyak digunakan dalam pembuatan automasi termasuk industri utiliti dan banyak lagi.
- Pelajar
akan memperolehi pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam sistem
kawalan, pengesanan (sensor), pemilihan peralatan, pemasangan,
pertauliahan dan pengujian, penyelenggaraan, kaliberasi, pengaturcaraan
dan pengendalian PLC, SCADA.
- Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:
- Process Control
- Industrial Automation
- Data Acquisition and Control
- Industrial Process Instrumentation
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut merupakan syarat-syarat bagi kemasukan ke KKTM Beranang:-
Syarat Am:
- Bumiputera
- Berumur antara 17 hingga 40 tahun
- Sihat tubuh badan
Syarat Khusus:
- Lulus SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam subjek berikut:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Mana-mana satu(1) subjek dalam kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional.
- Mana-mana 2 subjek lain.
- Lulus Bahasa Inggeris.
ATAU
Lepasan Program Sijil Kejuruteraan/Teknologi yang berkaitan dari Institut Kemahiran MARA (IKM) dengan minima CGPA 2.5
Panduan Permohonan
Pengambilan dan Kemasukan
- Pengambilan adalah dua (2) kali setahun
- Kemasukan bagi sesi Januari diiklankan pada bulan September
- Kemasukan bagi sesi Julai diiklankan pada bulan Mac
Panduan Permohonan
Atau
Hubungi terus ke Unit Promosi KKTM Beranang dengan SMS kan "NAMA" ke 018-9825229 atau isi maklumat anda di menu Kemasukan/Hubungi Unit Promosi
Kelebihan MJII
Mengapa
anda harus memilih MARA Japan Industrial Institute Beranang sebagai
pilihan anda untuk melanjutkan pelajaran? Ini kerana MJII mempunyai
banyak keistimewaan yang seharusnya anda rebut antaranya....
- Program yang ditawarkan mendapat PERAKUAN AKREDITASI MQA.
- Pensyarah yang BERKEMAHIRAN TINGGI, BERKELAYAKAN DAN BERDEDIKASI.
- Pembelajaran BAHASA JEPUN.
- Alatan makmal TERKINI.
- Yuran Pengajian DIBIAYAI MARA.
- Yuran Peperiksaan DIBIAYAI MARA.
- Yuran penginapan DIBIAYAI MARA.
- Elaun sara hidup DIBERIKAN MARA.
- Kemudahan sukan & rekreasi, pusatsumber, surau, kafeteria dan gym DISEDIAKAN.